10/30/2009

PILIHAN RAYA MPPPU: POSTER CALON DILANCARKAN

10/30/2009
Walaupun peperiksaan tingkatan enam rendah dan program Gerak Gempur masih berlangsung, usaha ke arah pilihan raya MPPPU kali pertama terus diatur.
Sehubungan dengan itu, poster senarai penuh calon yang akan bertanding mula ditampal di kelas-kelas tingkatan enam mulai hari ini.
Semoga dengan kemunculan poster ini akan menaikkan lagi semangat para calon dan juga para pengundi. Untuk makluman semua, pilihan raya dijangka akan dilaksanakan pada minggu terakhir persekolahan.
Sekiranya para calon ingin menghasilkan poster sendiri, pihak pengurusan pilihan raya amat mengalu-alukan dengan syarat poster yang ingin digunakan sebagai bahan kempen tersebut mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Bagi menjelaskan semua perkara yang berkaitan perjalanan kempen, satu taklimat melibatkan calon-calon akan dibuat dalam jangka masa yang terdekat. Sekiranya masih ada kesilapan ejaan pada nama, harap dapat segera dimaklumkan untuk tujuan pembetulan. Harap maklum.

10/27/2009

KOLOKIUM: PENGHANTARAN ESEI TUGASAN

10/27/2009
Walaupun kolokium Tingkatan Enam Fasa Pertama telah berakhir, tetapi esei tugasan masih ramai yang belum menghantar kepada guru-guru pembimbing. Para pelajar sepatutnya menghantar tugasan tersebut pada atau sebelum 26 Oktober 2009 (Isnin), iaitu sebelum menduduki peperiksaan akhir tahun.
Sehubungan dengan itu, pihak Unit R&D dan Kolokium tidak bercadang untuk menunda tarikh tersebut kepada tarikh yang baru, sebaliknya terus menggesa para pelajar menghantar kepada guru-guru pembimbing secepat mungkin untuk tujuan pentaksiran markah. Kegagalan para pelajar menghantar tugasan tersebut dengan kadar segera akan menjejaskan markah peperiksaan akhir tahun bagi setiap mata pelajaran yang terlibat.

STPM 2009: GERAK GEMPUR

Sebagai ihtiar terakhir sebelum STPM bermula, program Gerak Gempur STPM 2009 dijadualkan bermula hari ini sehingga minggu hadapan. Beberapa mata pelajaran terlibat dalam program tersebut. Sebagai permulaan, pada hari ini para pelajar menghadapi kertas mata pelajaran Pengajian Am Kertas 1.
Sebenarnya dalam program ini, guru-guru menggunakan sama ada set-set soalan yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Perak ataupun set-set soalan percubaan yang diperolehi dari negeri-negeri lain. Melalui program ini diharapkan para pelajar akan dapat memantapkan lagi kemahiran menjawab soalan-soalan peperiksaan sebelum berlangsungnya peperiksaan STPM yang sebenar.
Harapan pihak sekolah, para pelajar akan mengambil serius terhadap setiap kertas peperiksaan yang dihadapi.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Guru-guru dan pihak pihak Pengurusan Laman Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun untuk para Pelajar Tingkata 6 Rendah.
Peperiksaan tersebut bermula semalam dan dijangka akan tamat menjelang 5 November 2009. Kami kira inilah penilaian sumatif yang para pelajar tingkatan enam rendah hadapi semenjak masuk ke tingkatan enam pada bulan Mei lepas.
Diharap para pelajar akan berusaha gigh semasa mendudki peperiksaan kerana keputusan yang diperolehi nanti akan menjadi nilai TOV (Take-Off Value) bagi stiap mata pelajaran yang diambil.

10/25/2009

PERKEMBANGAN TERKINI PILIHAN RAYA MPPPU

10/25/2009
Pihak pengelola pilihan raya MPPPU 2009/2010 memohon maaf kepada para calon dan pengundi kerana beberapa masalah teknikal yang berkaitan dengan pengurusan telah menyebabkan proses pilihan raya tidak berjalan seperti yang dirancang.
Oleh sebab beberapa orang guru yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pilihan raya tidak berada di sekolah maka beberapa tarikh penting berkaitan dengan aktiviti tersebut ditunda ke tarikh yang lain.
Sehingga kini, nama-nama calon yang akan bertanding telah muktamad. Insya Allah beberapa hari lagi nama-nama tersebut akan dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun memandangkan peperiksaan akhir tahun akan berlangsung pada minggu hadapan maka, aktiviti tersebut akan ditunda ke minggu terakhir persekolahan. Dua proses yang terbabit ialah, kempen dan pengundian.
Pihak pengelola sehingga kini menerima respon yang positif daripada para pelajar tingkatan enam atas agar mereka juga dilibatkan dalam proses pengundian. Justeru, jika semuanya berjalan dengan lancar para pelajar tingkatan enam akan mencatat sejarah melaksanakan pilihan raya dalam memilih wakil-wakil MPPPU.

10/22/2009

CIKGU ABD MALEK MEMBENTANG KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PERAK

10/22/2009
Kajian tindakan yang dilaksanakan oleh cikgu Abd Malek Selamat yang bertajuk "Meningkatkan Kualiti Penulisan Esei dalam Mata Pelajaran Pengajian Am Menggunakan Teknik Out-In Environment dan In-Out Process" telah dibentang oleh beliau di Konvensyen Kajian Tindakan Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Hotel Grand Kampar pada 21-23 Oktober 2009.
Kajian yang dibentangkan oleh Cikgu Abd Malek adalah satu-satunya dalam mata pelajaran Pengajian Am dalam konvensyen tersebut. Semoga para pelajar tingkatan enam atas akan dapat memanfaat teknik tersebut terutamanya dalam peperiksan STPM yang berlangsung tidak sampai sebulan ini. Diharapkan ia sekali gus dapat memenuhi target untuk 100% lulus dalam STPM. Tahniah diucapkan.

10/17/2009

DEMAM PEPERIKSAAN KIAN TERASA...

10/17/2009
17 OKTOBER - Bahang peperiksaan kepada para pelajar tingkatan enam telah mulai terasa. Apa tidaknya! Kira-kira sebulan lagi para pelajar tingkatan enam atas akan mengharungi medan "perang" STPM manakala para pelajar tingkatan enam rendah, seminggu lagi akan beradu "nasib" dalam peperiksaan akhir tahun.
Nampaknya, begitu lah rasmi persekolahan kini. Peperiksaan adalah instrumen terpenting dalam menilai prestasi akademik pelajar. Selagi dasar ini belum berubah, kita terpaksa akur akan "ketentuan" itu. Jika tidak menyertai dalam arus perdana pendidikan nasional ini, kita pula yang akan keciciran pula.
Harapan dan doa kepada calon-calon STPM 2009, agar terus berusaha sehingga titisan dakwat yang terakhir! Jika keputusan peperiksaan percubaan baru-baru ini boleh dijadikan peniup semangat untuk terus melakar kejayaan sebenar, kenapa tidak dinyalakan terus semangat itu. Jangan biarkan ia padam. Tetapi jika sebaliknya, anggap sahaja peperiksaan sebenar adalah penentu segala-galanya. Apa yang sudah berlaku biarkan ia berlalu. Sementara masih ada peluang, gunakanlah peluang terakhir ini. Hal ini kerana, selepas ini tiada lagi peluang lain yang boleh dicuba-cuba untuk melihat prestasi semasa anda.
Bagi para pelajar tingkatan enam rendah, biarpun masa masih panjang, jangan anggap kesempatan berada di tingkatan enam rendah adalah waktu untuk berbulan madu.

10/16/2009

PILIHAN RAYA: MAKLUMAN TERKINI

10/16/2009
16 OKTOBER - Pihak pengelola pilihan raya MPPPU memohon maaf atas ketidaklancaran proses pilihan raya yang sedang dijalankan. Hal ini disebabkan oleh cuti perayaan deepavali yang dipanjangkan sehingga hari selasa.
Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan para guru dan pelajar mendapat maklumat terkini berkaitan dengan perkara tersebut sila rujuk laman ini dari masa ke masa. Sehingga kini, pihak kami belum memutuskan bilakah hari pengundian tersebut. Waktu kokurikulum pada hari rabu akan dijadikan sebagai hari kempen memandangkan pada hari khamis sebahagian para pelajar terlibat dengan lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Berkaitan dengan nama yang bertindan, sehingga kini kami masih belum menerima sebarang email bagi menentukan kedudukan calon tersebut. Oleh itu kami berharap calon-calon yang dicalonkan pada hari penamaan calon beberapa hari yang lalu, sila mengambil tindakan yang sewajarnya. Kami memberi masa sehingga hari selasa untuk anda berbuat demikian. Sekiranya tiada maklumat diterima, pihak kami akan membuat keputusan berdasarkan budi bicara dalam menetapkan senarai akhir calon yang akan bertanding.
Senarai akhir calon-calon akan dipaparkan dalam laman ini pada hari rabu, 21 Oktober 2009. Harap maklum.

10/15/2009

PROSES PENAMAAN CALON BERJALAN LANCAR

10/15/2009
15 OKTOBER (Khamis)- Proses penamaan calon secara online berjalan dengan lancar. Para pelajar memberikan kerjasama yang sangat memberangsangkan bagi membolehkan proses pilihan raya MPPU kali pertama berjalan dengan lancar.
Sehingga jam 12.00 tengah malam, sebanyak 6 "kertas pencalonan" telah dihantar. Pihak moderator, menyenaraikan sepenuhnya nama-nama yang dicalonkan walaupun ada nama yang bertindan untuk jawatan yang berbeza dan jawatan yang sama. Oleh itu pada hari ini, semasa pengisytiharan calon, calon-calon diberikan masa untuk menarik diri atau memilih satu jawatan sahaja.
Adalah dimaklumkan bahawa senarai jawatan yang dinyatakan di bawah merupakan senarai baru yang disesuaikan dengan jawatan-jawatan yang diguna pakai di IPT.
Berikut disenaraikan nama-nama dan jawatan yang dicalonkan.

Presiden
  1. Alia Nadirah bt Hamdan (Wira)
  2. Hidayatul Pitri b. Bustari (Waja)
  3. William Chung Wai Lam (Perdana)
  4. Chua Jin Yin (Perdana)
  5. Chong Yung Khong (Perdana)
  6. Ng Pey Kee (Waja)
Timbalan Presiden
  1. Mohd Syahir b. Zubir (Wira)
  2. Hashimah bt. Hameruddin (Waja)
  3. Lau Lin Tiong (Perdana)
  4. Yoon Lai Wan (Perdana)
  5. Nur Malinda (Waja)
  6. Choo Pooi Ying (Perdana)
Naib Presiden
  1. Noor Nurul Izzahti bt. Mohamad Jaafar (Wira)
  2. Ng Pey Kee (Waja)
  3. Yee Shiew Onn (Perdana)
  4. Chong Yong Khong (Perdana)
  5. Ng Mei Lai (Perdana)
  6. Chin Li Ying (Waja)
Naib Presiden 2
  1. Mohd Zaidi bin Hashim (Wira)
  2. Nur Amalina bt Mohd Jali (Waja)
  3. Chua Jin Yin (Perdana)
  4. Fong Pei Gen (Perdana)
  5. Ong Chui Yun (Waja)
  6. Pivaneswary (Waja)
Setiausaha
  1. Zulaikha bt Md Dzaki (Wira)
  2. Chin Li Ying (Waja)
  3. Lim Kar Wai (Perdana)
  4. Ng Mei Lai (Perdana)
  5. Yee Shiew Onn (Perdana)
  6. Nur Hashimah Hamerudin (Waja)
Bendahari
  1. Valarmathy a/p Kadan (Wira)
  2. Ong Chui Yun (Waja)
  3. Ling Yoke Chong (Perdana)
  4. Azidah Mohd Lasim (Waja)
  5. Lau Lin Tiong (Perdana)
  6. Ling Yoke Chong (Perdana)
Exco 1 (Akademik)
  1. Rifdiasyraf b. Razale (Wira)
  2. Normalinda (Waja)
  3. Chan Shin Ying (Perdana)
  4. Chan Shin Ying (Perdana)
  5. William (Perdana)
  6. Zalikha (Waja)
Exco 2 (Sukan dan Permainan)
  1. Noramira bt. Mohd Rezuan (Wira)
  2. Norasmira (Waja)
  3. Ng Kar Heng (Perdana)
  4. Choo Pooi Yin (Perdana)
  5. Foong Pei Gen (Perdana)
  6. Puteri Aida (Waja)
Exco 3 (Kebajikan dan Sosial)
  1. Mohd Hidayat (Wira)
  2. Tan Yuen Shan (Waja)
  3. Choo Poi Yin (Perdana)
  4. Yee Shiew Onn (Perdana)
  5. Ng Pey Kee (Perdana)
  6. Shalini (Waja)
Exco 4 (Hubungan Luar)
  1. Nurul Hidayah Ridwan (Wira)
  2. Nor Azidah (Waja)
  3. Foong Pei Gen (Perdana)
  4. Lim Boon Guan (Waja)
  5. Ng Kar Heng (Perdana)
  6. Amalina (Waja)
Exco 5 (Disiplin)
  1. Norsaidatul Syafikka bt. Jamal (Wira)
  2. Puteri Aida (Waja)
  3. Ng Mei Lai (Perdana)
  4. Ng Pei Kee (Waja)
  5. Chua Jin Yin (Perdana)
  6. Tan (Waja)
Exco 6 (Tugas-Tugas Khas)
  1. Nurazura Razali (Wira)
  2. Siti Nur Zalikha (Waja)
  3. Yoon Lai Wan (Perdana)
  4. Ng Kar Heng (Perdana)
  5. Yoon Lai Wan (Perdana)
  6. Anbarasan (Waja)
Senarai asal kertas pencalonan boleh lihat DI SINI

10/13/2009

PENUTUPAN KOLOKIUM FASA 1

10/13/2009
13 OKTOBER - Setelah empat sesi pembentangan maka berakhirlah Kolokium Tingkatan Enam Rendah fasa pertama 2009. Sebanyak 23 sesi pembentangan yang melibatkan 73 orang pelajar tingkatan enam rendah.
Sebelum majlis penutupan, sebanyak lapan kumpulan telah membentangkan persembahan masing-masing. Secara keseluruhannya, para pelajar menampakkan usaha atau komitmen dalam menjalankan tugasan masing-masing. Ramai yang mempunyai kebolehan pengucapan awam yang baik dan tentunya melalui sesi sebegini bakat tersebut akan terus dapat digilap. Namun, tidak kurang juga yang masih gugup dengan pengalaman baru yang baru dilalui.
Harapan guru-guru kepada para pelajar agar dapat menjadikan sesi kolokium akan datang sebagai medan untuk menambahkan pengalaman dalam dalam membina karektor seorang pemimpin yang berwibawa.
Warga tijngkatan enam amat berbesar hati atas kesudian Pn.Hjh.Siti Mariam binti Joned menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Kolokium Tingkatan Enam Fasa Pertama 2009. Ini merupakan ucapan beliau yang pertama dan terakhir kepada warga tingkatan enam, memandangkan mulai minggu hadapan beliau akan mulai menjawat jawatan Pengetua SMK Besout, Sungkai. Semoga Puan Hjh. Siti akan lebih berjaya di sekolah yang baru.

10/09/2009

MPPU DAN PIIIHAN RAYA

10/09/2009
09 OKTOBER - Guru-guru Akademik Tingkatan Enam (GAT6) pada hari ini telah mengadakan perjumpaan tidak rasmi bagi membincangkan isu seperti yang dinyatakan dalam posting sebelum ini. Dua isu yang saling berkaitan. Iaitu penjenamaan semula PERTINAM dan pilihan raya tingkatan enam.
Secara umumnya GAT6 bersetuju dengan idea tersebut. Malah pihak pengurusan tingkatan enam juga bersetuju untuk melaksanakannya dalam tempoh yang terdekat. Oleh itu, Kolokium yang sedang berlangsung sekarang ini dijadualkan semula. Sesi pembentangan yang sepatutnya diadakan pada hari selasa dan khamis dianjak kehadapan iaitu pada hari isnin dan selasa. Penjadualan semula ini terpaksa dulakukan bagi membolehkan beberapa fasa proses pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim (nama yang digunakan sementera waktu) berjalan dengan lancar.
Fasa taklimat (Selasa, 13/10/2009): Hari selasa. Selepas sesi kolokium berakhir. Dalam fasa ini para pelajar akan dimaklumkan tentang rasional dan objektif tentang penjenamaan semula PERTINAM serta prosedur perjalanan pilihan raya.
Fasa penamaan calon (Rabu, 14/10/2009): Dijalankan secara maya selama empat hari. Borang pencalonan secara maya boleh diakses melalui laman ini mulai sekarang Sila klik bahagan pilihan raya MPPPU pada capaian di sidebar Sebarang pencalonan mestilah menyatakan nama pencadang dan penyokong. Sistem pemprosesan maklumat akan menolak pencalonan yang tidak lengkap)
Fasa Pengumuman Calon (Khamis, 15/10/2009): Jika proses pencalonan secara maya berjalan dengan lancar. Pengumuman calon-calon yang akan bertanding dibuat pada hari Isnin. Sejurus pemakluman calon-calon yang akan bertanding dilaksanakan, sesi penerangan tentang kempen pilihan raya akan dijalankan. Termasuk melantik agen calon untuk berkempen. Sebarang jawatan yang hanya ada seorang pencalonan akan dianggap menang tanpa bertanding.
Fasa Persediaan Kempen (Jumaat hingga Isnin, 16-19/10/2009): Dalam fasa ini, calon-calon yang menerima penamaan membuat persediaan untuk berkempen. Calon-calon akan melobi dengan menyediakan perkara-perkara seperti berikut; bahan-bahan edaran, poster, pamflet, kain rentang, ucapan awam dan pengumuman manifesto calon-calon.
Fasa Kempen Pilihan Raya (Selasa dan Rabu, 20 & 21/10/2009): Calon-calon memperkenalkan diri dan menyatakan visi dan misi masing-masing terhdap jawatan yang disandang dan tanggung jawab yang bakal digalas.
Fasa pengundian (Khamis, 22/10/2009): Sesi pengundian secara online akan dijalankan dalam makmal ICT mulai 2.00 petang. Jika segalanya berjalan dengan lancar, penguuman keputusan pilihanraya akan diumukan oleh Tuan Pengetua pada jam 4.15 petang pada hari yang sama.
Semoga perancangan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

10/08/2009

PILIHAN RAYA TINGKATAN ENAM: PANDANGAN DIALU-ALUKAN

10/08/2009
Sewaktu berbincang dengan PKT6 pagi tadi di balai tetamu, kolam ikan, kami ada bercakap tentang usul atau cadangan untuk menjenamakan Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM) kepada suatu jenama yang lebih baik selaras dengan penjenamaan semula tingkatan enam itu sendiri. Apa jenamanya tidaklah masuk dalam perbincangan kami. Cuma apa yang kami bincang ialah kaedah pemilihan AJK PERTINAM.
Oleh sebab guru-guru GAT6 ada yang berkebolehan sedikit dalam membuat borang secara online, kenapa tidak kita buat ala-ala pilihanraya. Maksudnya, penamaan calon kita buat secara online, cuma setelah tamat pencalonan kita akan paparkan di papan kenyataan calon-calon yang telah mendapat pencalonan. Jika hanya seorang sahaja pencalonan, maka calon tersebut menang tanpa bertanding.
Jika ada pertandingan, kita adakan sesi kempen. Bergantung kepada jumlah calon yang bertanding. Mungkin jika sesuai kita bagi tempoh 15 minit seorang untuk berkempen. Masanya, pada sesi petang lah... Harinya mungkin hari selasa. Kemudian pada hari khamis, diadakan pula hari pengundian.
Kaedah pengundiannya juga secara online. Mungkin dua atau tiga buah laptop yang ada akses ke internet disediakan untuk membolehkan para pelajar mengundi senarai calon yang telah dicadangkan itu. Lagi banyak laptop lebih baik. Ia akan mempercepatkan sesi pengundian.Sejurus pengundi terakhir mengundi, keputusan terus boleh diperolehi melalui rumusan pengundian.
Idea ini diutarakan bagi menambahkan lagi kelainan daripada aktiviti yang pernah para pelajar lalui semasa di tingkatan-tingkatan yang terdahulu. Di samping itu, sesi berkempen itu juga dapat meningkatkan penguasaan para pelajar dalam pengucapan awam.
Seperkara lagi yang boleh dibincangkan ialah nama PERTINAM itu sediri. Oleh sebab semua pelajar telah mendaftar kelab, permainan dan persatuan, maka dengan sendirinya PERTINAM dianggap satu unit persatuan yang lain dan lebih tinggi kedudukannya berbanding unit-unit kokurikulum tersebut. Ini memandangkan semua pelajar tingkatan enam adalah ahli PERTINAM secara automatik. Justeru, saya mencadangkan agar PERTINAM digantikan dengan satu organisasi lain yang menyerupai Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti. Ia dianggap organisasi yang berfungsi sebagai penjaga kepentingan dan kebajikan para pelajar. Kalau sesuai kita namakan Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMK Khir Johari, Tg.Malim (MPPPU).
Justeru dalam laman ini, semua pihak termasuk guru dan pelajar boleh menyuarakan pandangan dan pendapat dalam perkara ini. Terima kasih

10/07/2009

KURSUS PEMBINAAN BLOG

10/07/2009
7 OKTOBER - Kursus Pembinan Blog telah berjaya dilaksanakan pada petang ini. Antara objektif utama kursus tersebut diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru di SMK Khir Johari, Tg.Malim tentang teknik pembinaan serta mengurus blog.

Seramai 16 orang guru telah terlibat dalam kursus ini. Mereka terdiri daripada lapan orang Guru Akademik Tingkatan Enam, dua orang Guru Cemerlang dan guru-guru lain yang berminat. Mengikut maklumat pendaftaran yang dibuat secara dalam talian, 50% daripada para peserta telah memiliki blog masing-masing. Manakala 94% atau 15 orang daripada mereka ingin menjadikan blog untuk tujuan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran.
Secara umumnya, penganjuran kursus sebegini telah berjaya menarik minat guru-guru terhadap penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Malah mereka berharap agar ada lagi kursus susulan selepas ini.
Kursus yang bermula sekitar 2.15 petang itu berakhir kira-kira 4.30 petang. Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang berjaya menghadirkan diri ke kursus tersebut. Semoga selepas ini akan ada masa untuk mengemaskini blog-blog yang telah berjaya dibina. Selamat berkarya! Klik di sini kepada para peserta yang masih belum mengisi soal selidik pasca kursus.
Untuk laporan soal selidik, sila klik di sini

10/06/2009

KOLOKIUM TINGKATAN ENAM

10/06/2009
06 OKTOBER - Seperti yang dirancang, kolokium tingkatan enam berlangsung pada petang ini di pusat sumber sekolah.
Inilah julung kalinya acara sebegini diadakan melibatkan para pelajar tingkatan enam. Hanya tiga kumpulan sahaja yang sempat mempersem-bahkan hasil pembentangan masing-masing. Ia melibatkan mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu dan Matematik.
Kehadiran secara umumnya sangat membanggakan. Menurut Penolong kanan Tingkatan Enam, En.Asris, beliau sangat berpuas hati dengan kesungguhan dan usaha yang telah dilakukan oleh para pelajar, sambil berharap kualitinya akan terus meningkat pada sesi pembentangan yang akan datang.
Setiap pembentangan dinilai oleh tiga orang panel pentaksir. Penilaian pembentangan itu akan menyumbang 50% daripada keseluruhan markah tugasan yang dilaksanakan, manakala 50% lagi melibatkan hasil penulisan akademik yang akan dihantar selewat-lewatnya sebelum peperiksaan akhir tahun bermula.
Syabas dah tahniah diucapkan.

10/05/2009

PEDAFTARAN PESERTA KURSUS PEMBINAAN BLOG

10/05/2009
DIKEMASIKINI
Senarai guru yang telah mengesahkan penyertaan bagi mengikuti Kursus Pembinaan Blog.
  1. En.Asris bin Ali (GAT6/ PKT6)
  2. En.Alias bin Haron (GAT6)
  3. En.Nallatamby Nalliah (GAT6)
  4. Pn.Hjh.Noorhayati binti Mokhtar (GAT6)
  5. Pn.Wahidatunnur bt. Abd Wahid (GAT6)
  6. Pn.Noor Aishah binti Harun (GAT6)
  7. Pn.Shamsinah bt. Salleh (GAT6)
  8. Pn.Suriyani bt. Ujang (GAT6)
  9. Cik Norgayah bt. Mat Sagap (GAT6)
  10. Pn.Rohanna binti Ramli (GAT6)
  11. Pn.Kanakithevi a/p Kumarasamy (GAT6)
  12. Pn.Norzarina bt Mohamad (GAT6)
  13. En.Sofuan bin Mahyuddin (PK HEM)
  14. Pn.Nor Saedah bt. Che Ri
  15. En.Wan Jamaluddin bin Hassan
  16. Pn.Effa Rina Mohd Matore
  17. Pn.Zuraidah bt.Abdul
  18. Cik Zainab binti Ahmad
  19. Pn.Khatini bt Osman
  20. Pn.Najmah bt Ahmad Termidzi
  21. Pn.Rosliza bt Hamir (Wireless broadband)
  22. En.Mohd Anuar bin Mohd Salleh (Wireless broadband)
  23. Pn.Halimatun bt. Kechik (Wireless broadband)
  24. Pn.Aslinda bt. Paat (Wireless broadband)
  25. Pn.Hjh.Norrizan bt Seman (Wireless broadband)
Kekosongan:
Kuota Guru Tingkatan Enam :Penuh
Kuota Guru-guru lain : Penuh
Wireless broadband : 5 kekosongan

Keperluan Asas Kursus
  1. Akaun Email Gmail yang aktif
  2. Sekiranyan menggunakan wireless broadband - Bateri laptop bercas penuh

10/02/2009

KURSUS PEMBINAAN BLOG

10/02/2009
Nampaknya idea untuk mengadakan kursus pembinaan blog kepada guru-guru semakin diterima ramai, walaupun masing-masing tidak berkesempatan menyatakan pandangan dan pendapat dalam LPUSMKKJ. Saya mengambil inisiatif untuk berbincang dengan En.Wan J, Guru Bestari dan Pn.Zoei, Juruteknik Makmal ICT pada pagi ini. Mereka tiada halangan. Begitu juga dengan Penolong Kanan Tingkatan Enam, En.Asris
Oleh itu berikut dijadualkan program tersebut.

Nama Aktiviti : Kursus Pembinaan Blog
Tarikh : 7 Oktober 2009 (Rabu)
Masa : 2.00 hingga 4.00 petang
Tempat : Makmal ICT
Peserta :
Terhad untuk warga SMK Khir Johari.Guru-guru Akademik Tingkatan 6 (15 orang), 5 orang guru lain yang berminat serta 10 orang guru yang ada laptop (bercas penuh) dan talian wireless broadband. Guru yang berminat sila daftar kepada saya pada atau sebelum 6 Oktober 2009 (Selasa).


Antara objektif kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada guru-guru kegunaan blog dalam pendidikan serta membina blog sendiri untuk tujuan pengajaran secara dalam talian .

SILA ISI BORANG DI SINI

PERLU KURSUS PEMBINAAN BLOG?

Hasil daripada perbincangan dengan beberapa orang guru GAT6, blog sangat signifikan dan relevan dalam meningkatkan potensi pengajaran berkesan sama ada pra atau pasca bilik darjah. Justeru pihak pengurusan tingkatan enam sekolah bercadang untuk mengadakan kursus pembinaan blog yang dimasukkan dalam slot LADAP untuk GAT6. Usaha ini sebenarnya ke arah seorang GAT6 sebuah blog. Jika ia menjadi kenyataan, semua pelajar boleh mengakses setiap blog guru dari luar bilik darjah tidak kira masa dan tempat. Apatah lagi, para pelajar secara umumnya sememangnya mengunjungi CC (Cyber Cafe) untuk mengemaskini laman-laman sosial seperti My Space, Friendster, Facebook dan sebagainya. Justeru, jika ada arahan tugasan daripada guru-guru, ia sangat mudah dilaksanakan melalui blog.
Tempoh kursus bergantung kepada keperluan guru-guru. Dalam kusus tersebut akan didedahkan teknik asas dan lanjutan bagaimana menggunakan blog dalam konteks pendidikan mencakupi pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, kami mahu guru-guru terlebih dahulu menyatakan pendapat tentang keperluan kurusus tersebut dan cadangkan juga tarikh dan masa yang sesuai bagi memudahkan pihak pengurusan tingkatan enam membuat perancangan.
Sekian, terima kasih.

10/01/2009

PENDAFTARAN KOKURIKULUM

10/01/2009
30 SEPTEMBER - Pendaftaran unit kokurikulum untuk pelajar tingkatan enam rendah akhirnya berjaya dijalankan pada petang tadi di dewan sekolah. Aktiviti ini sebenarnya telah lama dirancang, tetapi disebabkan beberapa aspek teknikal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan tertangguh. Taklimat disampaikan oleh Penyelaras Kokurikulum Tingatan Enam iaitu Pn.Samsinah bt Salleh.
Ia melibatkan tiga bidang. Iaitu, kelab, persatuan dan permainan. Manakala unit beruniform, sehingga setakat ini masih mengikut unit beruniform yang sedia ada. Pasukan Relawan Sekolah yang dicadangkan untuk para pelajar tingkatan enam masih dalam proses penubuhan.

Kelab
  1. Seni dan Budaya
  2. Teknologi dan Sains Sosial
  3. Kesejahteraan Sejagat
Persatuan
  1. Bahasa
  2. Ekonomi dan Perniagaan
  3. Sains dan Matematik
Permainan
  1. Bola Sepak
  2. Bola Jaring
  3. Bola Tampar
 

LAMAN PRA UNIVERSITI DI SANA SINI

BLOG MANTAN PELAJAR

Followers

PENAFIAN

Dimaklumkan bahawa laman ini merupakan laman rasmi Pra Universiti SMK Khir Johari Tanjong Malim. Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap artikel atau bahan yang dipaparkan dalam laman ini. Walau bagaimanapun kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan maklumat hasil daripada apa-apa juga transaksi yang melibatkan laman ini. Sekian terima kasih.

HUBUNGI KAMI


PUSAT PENGAJIAN PRAUNIVERSITI,
SMK KHIR JOHARI, 35900 TG.MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL: 05-4596334
FAKS : 05-4582454
EMAIL:
t6kjtm@gmail.com

BLOG TENAGA PENGAJAR

PAUTAN AKADEMIK

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa